Friday, 15 September 2017

Minggu 1 (Tempoh Pembersihan)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.

Minggu pertama, kami diberi taklimat tentang aktiviti amali dan projek secara individu. Sebelum meneruskan aktiviti amali, Puan Salina dan Dr. Husna telah menerangkan beberapa peraturan dan keselamatan dalam ladang:

1. Pastikan pintu masuk (pagar) sentiasa ditutup. (mengelakkan kambing masuk ke ladang)
2. Pemakaian - seluar track yang sesuai, kasut boot yang sesuai, baju yang selesa dan bersesuaian
3. Pelajar perempuan tidak digalakkan memakai barangan kemas
4. Peralatan tajam dan merbahaya seperti cangkul, pisau atau parang tidak boleh di buat permainan
5. Sebrang penggunaan alatan tangan (pertanian) adalah degan kebenaran pensyarah.

Selesai taklimat mengenai peraturan dan keselamatan, kami meneruskan dengan pembersihan kawasan tanaman. Pelbagai peralatan yang akan kami gunakan semasa pembersihan dan pembahagian kawasan tanah. Antaranya: kereta sorong, cangkul, tali rafia dan tali tape, papan dan mini traktor.


Kayu-kayan yang akan digunakan untuk membuat batas


Pelajar bekerjasama mengangkat kayu untuk dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan


Memusnahkan rumpai secara meracun supaya pertumbuhan rumpai terbantut.


Pembahagian kawasan




Selesai sesi taklimat, En. Faris mula menerangkan cara membuat pembahagian tanah kepada kami. Kami memulakan proses pembahagian dengan mengukur kawasan dan dibahagikan penanaman secara berkotak (5 kaki (L) x 12 kaki (P)) untuk setiap individu. Papan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan. Selepas itu, papan disapu dengan minyak hitam untuk mengelakkan daripada dimakan anai-anai (reput). Sebanyak 21 batas telah dibahagikan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.


Mengukur batas secara kasar


Sedikit taklimat untuk pembahagian batas


Pembersihan kawasan
Sebelum kerja penanaman dilaksanakan, ladang perlu dibersihkan daripada segala rumpai dan batu-batu. Pemuliharaan tanah dan jalan perlu diberi perhatian dalam pembangunan ladang.

Kami mula membersihkan kawasan ladang seperti yang dapat anda lihat di bawah:




Pelajar mengutip batu-batu yang ditinggalkan


Pelajar mengeluarkan batu yang di tanam di dalam tanah 


Pelajar mencangkul tanah dan membuang rumput kering



Pemerhatian pembajakan tanah
Selesai membuat pembahagian kawasan kami meneruskan aktiviti membajak tanah tersebut dengan menggunakan mini tiller bagi memudahkan agar tanah digembur. En. Abang menerangkan cara mengunakan mini tiller dengan betul. 


Mini Tiller
En Abang menunjukkan cara yang betul untuk membajak tanah 

Cara mengunakan mini tiller:
Menghidupkan mini tilller:
  1. Tuas utama dalam keadaan off sehingga traktor tidak berjalan pada saat dihidupkan.
  2. Semua tuas pada posisi neutral agar berada dalam keadaan selamat.
  3. Buka suis bahan bakar sehingga terjadi aliran bahan bakar ke ruang pembakaran.
  4. Tuas pada posisi start sehingga ada aliran bahan bakar (solar) yang cukup banyak di ruang pembakaran.
  5. Percepatkan penarikan tuas untuk menghidupkan mesin .
  6. Lepaskan tuas untuk menghasilkan tekanan, sementara kipas masih tetap diputarkan sampai enjin hidup.
  7. Rentapkan  tuas gas pada posisi idle.
  8. Hidupkan enjin tanpa beban kurang lebih selama 2-3 minit agar proses pembajakan tanah dapat berjalan dengan baik.
  9. Mini tiller siap untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment