Monday, 25 September 2017

Minggu 2 (Menggembur tanah & penyemaian biji benih sayur berdaun


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.


Untuk minggu kedua, kami telah diberi taklimat mengenai pengemburan tanah dan penyemaian biji benih sayur berdaun oleh Puan Salina dan DR Husna. 

Sebelum memulakan sesi pengemburan tanah, Puan Salina dan DR Husna telah menerangkan cara-cara penyemaian biji benih sayur berdaun.

Sebelum itu, kami akan menerangkan tentang jenis biji benih, kotak semaian, medium semaian, kebaikan dan keburukan penyemaian di atas tanah.

Biji benih mempunyai pelbagai saiz. Contohnya, pokok berbuah biji benih bersaiz besar, biji benih sayuran pula bersaiz kecil

Biji benih Pak Choy dan kangkung

Kotak semaian bergantung kepada individu. Contohnya 'mold' , tupperware, tray semaian, pasu dan lain-lain.

Medium semaian pula menggunakan peat moist (nutrient lengkap untuk semaian).

Jenis medium semaian yang kami gunakan

Nisbah pasir dan biji benih (biji benih kecil) - 5:1 (sukatan boleh digunakan dengan penutup botol)
Perhatian: semakin halus biji benih, semakin besar nisbah pasir.

Cara-cara penyemaian biji benih adalah -

  1. Sediakan tray semaian, isikan dengan 3/4 medium semaian.
  2. Biji benih yang halus perlu dicampur pasir mengikut nisbah di atas. Kemudian, ditaburkan di atas medium semaian. Biji benih sederhana boleh ditanam terus pada medium semaian.
  3. Selesai menabur atau menanam biji benih, semburkan dengan air dan kemudian tutup biji benih dengan baki 1/4 medium semaian.
  4. Akhir sekali, letakkan tray semaian pada tempat yang teduh dan mempunyai pencahayaan yang cukup.
1. Medium semaian dimasukkan ke dalam tray

2. Biji benih dicampurkan dengan pasir. Nisbah 1:5

3. Sukatan nisbah boleh digunakan dengan penutup botol

4. Tabur campuran biji benih dengan pasir di atas mediuam tadi

Kenapa biji benih dicampurkan dengan pasir? Supaya biji benih kecil tu kita boleh nampak. Medium kan gelap?

5. Spray semaian tadi

6. Tutup semaian tu lagi sekali dengan medium semaian

7. TARAAA! Hampir siap ;) (Macam brownies huhu) 
.
.
Selesai sahaja penyemaian biji benih, kami meneruskan dengan membuat alur pada keliling batas untuk tanam acuan papan. Membuat batas adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas di mana, ia adalah untuk untuk pastikan air tidak bertakung dalam tanah, memudahkan pertumbuhan akar, dan  menambah kesuburan tanah dan meningkatkan pengudaraan tanah dan memudahkan kawalan rumpai.

Pelajar sedang membuat alur ditepi batas
INI HASILNYA! (Nampak macam kubur kan? lol)

Akhir sekali, kerja kami tak siap lagi. Kita tunggu sambungan di entry seterusnya! 

Friday, 15 September 2017

Minggu 1 (Tempoh Pembersihan)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.

Minggu pertama, kami diberi taklimat tentang aktiviti amali dan projek secara individu. Sebelum meneruskan aktiviti amali, Puan Salina dan Dr. Husna telah menerangkan beberapa peraturan dan keselamatan dalam ladang:

1. Pastikan pintu masuk (pagar) sentiasa ditutup. (mengelakkan kambing masuk ke ladang)
2. Pemakaian - seluar track yang sesuai, kasut boot yang sesuai, baju yang selesa dan bersesuaian
3. Pelajar perempuan tidak digalakkan memakai barangan kemas
4. Peralatan tajam dan merbahaya seperti cangkul, pisau atau parang tidak boleh di buat permainan
5. Sebrang penggunaan alatan tangan (pertanian) adalah degan kebenaran pensyarah.

Selesai taklimat mengenai peraturan dan keselamatan, kami meneruskan dengan pembersihan kawasan tanaman. Pelbagai peralatan yang akan kami gunakan semasa pembersihan dan pembahagian kawasan tanah. Antaranya: kereta sorong, cangkul, tali rafia dan tali tape, papan dan mini traktor.


Kayu-kayan yang akan digunakan untuk membuat batas


Pelajar bekerjasama mengangkat kayu untuk dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan


Memusnahkan rumpai secara meracun supaya pertumbuhan rumpai terbantut.


Pembahagian kawasan




Selesai sesi taklimat, En. Faris mula menerangkan cara membuat pembahagian tanah kepada kami. Kami memulakan proses pembahagian dengan mengukur kawasan dan dibahagikan penanaman secara berkotak (5 kaki (L) x 12 kaki (P)) untuk setiap individu. Papan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan. Selepas itu, papan disapu dengan minyak hitam untuk mengelakkan daripada dimakan anai-anai (reput). Sebanyak 21 batas telah dibahagikan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.


Mengukur batas secara kasar


Sedikit taklimat untuk pembahagian batas


Pembersihan kawasan
Sebelum kerja penanaman dilaksanakan, ladang perlu dibersihkan daripada segala rumpai dan batu-batu. Pemuliharaan tanah dan jalan perlu diberi perhatian dalam pembangunan ladang.

Kami mula membersihkan kawasan ladang seperti yang dapat anda lihat di bawah:




Pelajar mengutip batu-batu yang ditinggalkan


Pelajar mengeluarkan batu yang di tanam di dalam tanah 


Pelajar mencangkul tanah dan membuang rumput kering



Pemerhatian pembajakan tanah
Selesai membuat pembahagian kawasan kami meneruskan aktiviti membajak tanah tersebut dengan menggunakan mini tiller bagi memudahkan agar tanah digembur. En. Abang menerangkan cara mengunakan mini tiller dengan betul. 


Mini Tiller
En Abang menunjukkan cara yang betul untuk membajak tanah 

Cara mengunakan mini tiller:
Menghidupkan mini tilller:
  1. Tuas utama dalam keadaan off sehingga traktor tidak berjalan pada saat dihidupkan.
  2. Semua tuas pada posisi neutral agar berada dalam keadaan selamat.
  3. Buka suis bahan bakar sehingga terjadi aliran bahan bakar ke ruang pembakaran.
  4. Tuas pada posisi start sehingga ada aliran bahan bakar (solar) yang cukup banyak di ruang pembakaran.
  5. Percepatkan penarikan tuas untuk menghidupkan mesin .
  6. Lepaskan tuas untuk menghasilkan tekanan, sementara kipas masih tetap diputarkan sampai enjin hidup.
  7. Rentapkan  tuas gas pada posisi idle.
  8. Hidupkan enjin tanpa beban kurang lebih selama 2-3 minit agar proses pembajakan tanah dapat berjalan dengan baik.
  9. Mini tiller siap untuk digunakan.