Monday, 2 October 2017

Minggu 3 (Penghasilan baja organik, pemindahan biji benih dan sungkupan)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.


Kita bertemu lagi untuk sambungan kerja minggu ke-3. Aktiviti kami pada minggu ini adalah menghasilkan baja menggunakan bahan organik, memindahkan pokok semaian ke batas dan juga sungkupan. Kita akan berikan penerangan mengenai aktiviti minggu ini secara bahagian.


1.      PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Apakah yang dimaksudkan dengan baja organik? Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi seperti kulit telur, perut ikan, kepala ikan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. 

Bagaimanakah cara pemprosesan baja organik? Baja organik dihasilkan melalui proses penapaian (fermentation).

Bahan-bahan yang telah diproses diletakkan di dalam bekas,
ditutup dengan kain dan labelkan setiap bekas
dengan jenis-jenis bahan yang telah diproses


Proses penapaian perlu diletakkan di dalam suhu bilik selama 7 hari



Bahan-bahan  membuat baja organik menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran:
  • buah-buahan seperti jambu air, kulit pisang, mangga.
  • sayur-sayuran seperti ulam raja, kobis, sawi, salad, batang kangkung
  • gula merah
  • air






Cara-cara membuat baja organik:
  • potong bahan-bahan dan kisar. Tuang air mengikut sukatan sendiri dan campurkan dengan gula merah.(Sukatan yang disarankan 1:1 satu senduk bahan kisaran buah satu senduk gula merah)
  • bahan kisar dimasukkan ke dalam balang. Kemudian tutup dengan kain dan peram.
  • simpan selama 7 hari dalam suhu bilik.
  • selepas 7 hari, keluarkan balang dan tapis bahan kisar untuk buang semua keladak.
  • masukkan pati ke dalam botol.

Bahan-bahan dipotong 

Pengguna gula merah dalam bahan secukup rasa


Bahan-bahan yang telah dipotong,
dikisar sekali dengan gula merah dan air secukupnya



Baja organik menggunakan telur:
  • kulit telur
  • cuka
Kulit telur yang telah dibersihkan


Cara-cara membuat baja organik menggunakan kulit telur:
  • hancurkan kulit telur tersebut sehancur yang mungkin
  • setelah itu masukkan ke dalam balang dan campurkan bersama cuka (Sukatan yang disarankan 1:10 iaitu jika menggunakan penutup botol satu penutup botol kulit telur dan 10 penutup botol cuka
  • balang ditutup dengan kain dan peram selama 7 hari pada suhu bilik 
Kulit telur dihancurkan kecil-kecil

Kulit telur yang telah dihancurkan

Tuang cuka dalam penutup botol 10 kali

Selepas campurkan bahan-bahan, tutup balang tadi dan kacau atau goncang.

Baja organik menggunakan ikan:
  • ikan
  • cuka

Isi ikan dan kepala ikan

Cara-cara membuat baja organik menggunakan ikan:
  • cincang ikan sehingga lumat
  • kemudian masukkan ke dalam balang dan campurkan bersama gula merah(sukatan yang disarankan 1:1 iaitu satu senduk gula merah dan satu senduk ikan yang lumat.
  • balang ditutup dengan kain dan peram selama 7 hari pada suhu bilik 

Kepala dan isi ikan dicincang halus-halus



Kepala dan isi ikan yang telah siap dicincang.
Campurkan isi ikan dengan cuka di dalam bekas dan kacau.


Tips Tumbuhan Sihat: 

  • Semasa membaja, campurkan 2ml pati baja organik yang telah diperap dengan 1l air.
  • Kenapa semasa penapaian kita gunakan gula merah? Supaya semua khasiat dapat bertindak balas dengan baik, memperpercepatkan proses penapaian dan tahan lama.
  • Apakah perbezaan antara baja organik dengan baja kimia? Baja organik menggunakan bahan semula jadi, baja kimia pula menggunakan bahan-bahan kimia yang diproses. Selain itu, penyerapan baja organik dalam tumbuhan lambat dan juga lambat habis. Baja kimia pula cepat serap ke tanah dan juga cepat habis. 

2.     PEMINDAHAN BIJI BENIH ATAS BATAS

      Syarat-syarat untuk pemindahan biji benih atas batas:
  • Siapkan batas terlebih dahulu dan ratakan batas.
  • Pemindahan biji benih sebaik-baiknya dilakukan ketika waktu pagi selepas subuh sehingga sebelum 10 pagi  dan jika pada waktu petang waktu yang sesuai adalah selepas asar. Ini bertujuan bagi mengelakkan tumbuhan terencat mahupun layu.
  • Pindahkan semaian sedikit demi sedikit ke atas batas
  • Waktu yang digalakkan untuk menyiram tanaman adalah pada waktu pagi dan petang.
        Cara-cara untuk memindahkan biji benih atas batas:
  • Korak bahagian luar kotak bagi mengelakkan air bertakung
  • Seterusnya, gemburkan tanah semula dengan menggunakan cangkul dan ratakan.
  • Setelah itu,buatkan lubang dan dinasihatkan supaya tidak begitu dalam hanya berukuran lebih kurang 1 inch. 
  • Sebelum pindahkan semaian , siram terlebih dahulu bagi mengelakkan  perakaran tidak pecah
  • Cangkul keliling kotak batas tanaman(jangan sehingga jadi longkang) cukuplah sekadar memadai hujung cangkul
Benih ditanam dengan jarak 2 inci


Nota Tambahan :
  • Tujuan semaian - untuk memaksimumkan semaian
  • Sistem pengasingan - buang yang pertumbuhan terbantut dan yang kecil
  • Fungsi pasir - untuk menjarakkan tumbuhan dan benih
  • Lubang -jarak lubang paling minima 2inch antara setiap pokok
3.       SUNGKUPAN

Proses sungkupan - Sungkupan adalah proses meletakkan plastik hitam di atas tanaman ataupun pelepah yang kering.Ini bagi mengelakkan cahaya matahari daripada terus memancar ke tumbuhan dan supaya tanah tidak kering serta panas.

Jika tanaman telah berusia seminggu sungkupan boleh dibuka kerana benih telah boleh berdikari sendiri

Ini adalah proses sungkupan. Jaring yang digunakan ini bernama Paranet atau
boleh juga gunakan daun pelepah atau daun-daun kering


No comments:

Post a Comment