Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa,
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.
Bagi minggu ke 4, kami telah menjalankan aktiviti menghasilkan racun organik. Kumpulan kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan telah diberi bahan-bahan untuk membuat racun menggunakan bahan organik.
Bahan-bahan
- Bawang putih - 1 labu
- Cili padi - 6 biji
- Cecair pencuci pinggan - 1 sudu
- Serbuk sabun - 1 sudu
- Air - 300ml
Cara-cara
- Masukkan air ke dalam tempat pengisar dan kisarkan cili dan bawang putih.
- Kemudian peramkan di dalam bekas kaca SAHAJA selama 24 jam untuk pastikan baunya sebati. Kenapa tak boleh guna bekas plastik? Kerana bekas plastik akan cepat terhakis.
- Selepas diperam selama 24 jam, tapiskan bahan untuk diambil patinya
![]() |
Pelajar sedang mengupas bawang dan potong cili |
![]() |
Pelajar sedang mengisar bahan-bahan |
![]() |
Selabu bawang putih dan 6 biji cili |
Cara penggunaan racun (racun akan dibuat semasa hendak digunakan)
- Campurkan salah satu sabun (sama ada cecair pencuci pinggan atau serbuk sabun. Guna salah satu SAHAJA) sebanyak satu sudu, minyak masak satu sudu (supaya racun melekat pada daun), air 1.5 liter dan pati 100ml.
Peringatan! Jangan sembur terus pati pada tumbuhan kerana tumbuhan akan mati.
Nota kaki:
- Kita gunakan serbuk sabun dan cecair pencuci pinggan kerana buih sebagai bahan pelekat untuk lekatkan air pada daun. Sama fungsi dengan minyak. Jadi anda boleh masukkan dua-dua bahan pelekat tersebut.
No comments:
Post a Comment