Pada minggu ini kami masih mempelajari proses pembiakan secara tampang iaitu melalui pembiakan secara rizom, umbisi, bebawang, stolon dan rumpun. Disini kami akan menerangkan apakah pembiakan tersebut.
a) Rizom
- Kaedah dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah permukaan tanah yang tumbuh sebagai pokok baru. Contohnya halia, kunyit dan lengkuas.
- Akar yang menyimpan makanan dalam tanah
- Cara pembiakan adalah dengan memotong mta tunas kemudian tanam kedalam tanah dan hanya tunas baru yang keluar diatas permukaan tanah
b) Umbisi
- Pembiakan cara ini ialah menggunakan umbisi semulajadi untuk dijadikan biji benih. Contohnya ubi kentang, keledek dan sengkuang
- Batang yang menyimpan makanan dalam tanah
- cara pembiakan dengan memotong tunas dan kemudian tanam separuh dengan tunas berada diatas permukaan tanah
c) Bebawang
- Kaedah dimana bebawang diambil dan ditanam. Contohnya bawang merah, bawang putih, dan lily
- Cara pembiakan adalah dengan menanam sebiji bawang atau potong separuh atau beberapa bahagian yang masih mempunyai tunas dibahagian tengah dan akar dibahagian bawah bebawang kemudian tanam bahagian bawang tersebut dengan tunas diatas permukaan tanah.
d)Stolon
- Cara ini adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar diatas permukaan tanah. Contohnya pegaga dan strawberi.
- ia adalah kaedah rayapan akar berada dipermukaan tanah.
e) Rumpun
- Ia adalah dimana anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya Serai dan daun pandan
- cara pembiakan adalah dengan kaedah membuang bahagian kering helaian daun kemudian pendekkan akar rumpun dan terus ditanam dengan anak pokok nampak keluar dipermukaan tanah.
contoh-contoh pembiakan secara rizom, bebawang, rumpun, stolon dan umbisi
selesai menanam kaedah rumpun
selesai penanaman kaedah rizon, umbisi, stolon dan bebawang
No comments:
Post a Comment