Pembiakan tut boleh dibahagikan kepada 2 jenis cara membiak.
1. Melalui udara - tut yang dibuat tidak berada di atas tanah
2. Melalui lentur - tut berada di atas tanah.
Medium yang biasa digunakan adalah tanah dan cocopit. Jeffy pallet merupakan medium tanah yang dikeringkan, dimampatkan dan direndam supaya medium kembang.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Medium tanah dan cocopit (medium tanah dan cocopit sebanyak nisbah 2:1)
- Plastik putih
- Pisau cantuman atau pisau lipat - untuk penandaan pada batang pokok
- Penggalak akar
- Tali rafia
Cara-cara:
- Campurkan tanah dan cocopit mengikut nisbah yang diberi dan tambah sedikit air untuk bagi kelembapan. (Sukatan air tidak perlu terlalu banyak, secukup rasa sahaja)
- Buat bebola sederhana besar daripada tanah yang telah dicampur tadi.
- Buat kelaran pada dahan menggunakan pisau cantuman.
- Sapukan penggalak akar pada keliling kelaran tadi
- Tepekkan bebola tanah pada keliling kelaran dahan
- Bungkus dengan plastik dan ikat dengan kemas.
- Selepas 2-3 bulan, tut akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawahnya.
- Buang plastik bungkusan dan dialihkan ke dalam pasu dan ditanam di bawah lindungan.
Contoh pokok yang boleh digunakan untuk pembiakan tut:
Pokok jambu air, pokok buah rambai, pokok kemboja.
No comments:
Post a Comment