Friday, 15 December 2017

Minggu 11 (Pembersihan ladang untuk program asas perladangan)

Pada minggu ke 11, kami tidak menjalani sesi pembelajaran seperti minggu sebelum ini. Kami diarahkan untuk membuat pembersihan di sekitar kawasan landskap, sekitar tempat belajar, kawasan rumah hijau dan juga kawasan yang lain.

Tujuan pembersihan sekitar kawasan ladang adalah kami akan mengadakan satu program asas perladangan bersama 30 orang peserta yang terdiri daripada dewasa perempuan, dewasa lelaki dan kanak-kanak.

Sebelum menjalankan pembersihan, kami berkumpul dan diberi taklimat tentang perjalanan program pada minggu hadapan dan juga taklimat tentang perbersihan kawasan ladang. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan tempat pembersihan masing-masing.

Setiap kumpulan diberikan alatan pembersihan masing-masing. Kumpulan 1dan 2 akan bersihkan kawasan landskap. Manakala kumpulan 3 membersihkan kawasan belajar dan kumpulan 4 di sekitar ladang.

Sampah-sampah dikumpul dan dibakar di tempat pembakaran. Kawasan belajar dan kerusi diberus dan dicuci untuk kegunaan semasa program nanti. Kawasan landskap pula dibersihkan kerana terlalu semak dan perlu dibersihkan supaya nampak lebih kemas.

Selepas selesai pembersihan dilakukan, kami bergerak ke kawasan batas untuk tujuan merumput dan menyiram. Tamat sesi pembersihan pada jam 5 petang dan semua pulang ke kolej.

No comments:

Post a Comment