KURSUS ASAS PERTANIAN
Pada minggu ini kelas kami menganjurkan satu kursus asas pertanian di mana kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang datangnya dari Pontian,Johor. Kursus asas pertanian ini , memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik terbaru dalam dunia pertanian yang lebih mudah untuk mereka melibatkan diri dalam dunia pertanian. Kami seramai 21 orang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan masing-masing di bawah pengawasan ketua kumpulan.
- Seawal jam 8.30 pagi para peserta kursus asas pertanian tiba di tempat kursus. Mereka menaiki mini bas dan sebuah kereta.
![]() |
Para peserta tiba di lokasi kursus bertempat di ladang pendidikan dan vokasional UTM |
- Setelah itu para peserta membuat pendaftaran kursus bersama urusetia bagi menyemak nama dan kedatangan mereka.
![]() |
Para peserta berbaris di hadapan pejabat , membuat pendaftaran diri bagi penyemakan nama dan nombor kad pengenalan. Mereka menerima tentatif program dan nota ringkas modul yang akan dipelajari |
- Setelah membuat pendaftaran, para peserta bergerak ke kelas kerana kursus akan dimulakan
![]() |
Ucapan alu aluan oleh pengacara kursus asas pertanian iaitu Rosneyna dan bacaaan doa dari saudara Hafiz |
![]() |
Sedikit penerangan secara ringkas berkaitan kursus yang akan dijalankan oleh Dr.Husna |
![]() |
Puan Salina memberikan sedikit ucapan kepada para peserta dan kata-kata aluan |
- Sesi pertama dimulakan dengan membuat baja organik.
- Setelah selesai sesi pertama , para peserta diberikan makan pagi
- Seterusnya setelah selesai minum pagi kursus asa pertanian diteruskan lagi dengan modul kedua iaitu penaman secara nutripot.
- Kemudian, setelah selesai kedua-dua modul untuk asas pertanian ini ,para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil .Tujuanya adalah untuk memberikan pengalaman kepada para peserta untuk membuat sendiri baja organik dan tanaman dengan menggunakan kaedah nutripot. Di dalam setiap kumpuloa tersebut terdapat dua orang mahasiswa/i yang akan menjadi tenaga pengajar kepada para peserta.
- Para peserta meninjau sekeliling kawasan ladang, melihat tanaman hasil daripada pelajar.
- Majlis penutup di mana para peserta menerima sijil dari penganjur kursus dan gambar kenang-kenangan
- Sebelum bersurai para peserta dan mahasiwa/i bergerak ke restoren bunga lawang di fakulti pendidikan untuk jamuan makan tengahari
Majlis tamat pada jam 1 petang setelah selesai makan tengahari.
No comments:
Post a Comment