Pada minggu ini, kelas di ladang diteruskan lagi dengan pembentangan Model 3D ABM. Pembentangan adalah seperti yang telah dipilih oleh kumpulan masing-masing seperti berikut ;-
Pembentangan adalah berdasarkan kepada apa yang telah kami pelajari semasa kelas pembiakan dan pengurusan ladang. Pembentangan yang belum jelas adalah cantuman mata tunas dan cantuman sanding. Hasil daripada pembentangan pelajar, kami dapat mempelajari 2 cantuman tersebut. . ABM adalah singkatan daripada alat bantu mengajar di mana tujuan tugasan ini diberi adalah bertujuan untuk melatih kami sekiranya tiada rangkaian internet dan bahan bantu mengajar lain apakah yang boleh kami cipta untuk tujuan bantuan semasa mengajar. Maka daripada ini terhasil lah pelbagai bentuk model 3D ABM.
Pembentangan cantuman mata tunas dan cantuman sanding adalah seperti berikut ;-- Pembiakan Keratan Batang
- Pembiakan Nutripot
- Pembiakan Cantuman Mata Tunas
- Pembiakan Biji Benih
- Pembiakan Keratan Daun
- Pembiakan Cantuman Sanding
- Pembiakan CantumanTut Udara
Pembentangan adalah berdasarkan kepada apa yang telah kami pelajari semasa kelas pembiakan dan pengurusan ladang. Pembentangan yang belum jelas adalah cantuman mata tunas dan cantuman sanding. Hasil daripada pembentangan pelajar, kami dapat mempelajari 2 cantuman tersebut. . ABM adalah singkatan daripada alat bantu mengajar di mana tujuan tugasan ini diberi adalah bertujuan untuk melatih kami sekiranya tiada rangkaian internet dan bahan bantu mengajar lain apakah yang boleh kami cipta untuk tujuan bantuan semasa mengajar. Maka daripada ini terhasil lah pelbagai bentuk model 3D ABM.
Cantuman Mata Tunas (secara tampal)
Cantuman mata tunas ialah proses di mana induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti. Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka. Alat-alat yang diperlukan:-
- Pisau cantuman yang tajam dan bersih
- Pita cantuman
- Pokok penanti
- Kayu mata tunas.
Langkah-langkah cantuman mata tunas:
- Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
- Buang kulit kelaran empat segi bujur yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
- Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan tersebut.
Cantuman Sanding
Cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melentur bahagian tunas baka pada pokok penanti.
- Sediakan pokok penanti dan tunas baka.
- Ikat tunas baka dan pokok penanti.
- Potong selepas cantuman
Penanaman semula jagung pula dibuat kerana bijih benih yang telah ditanam pada tempoh hari telah musnah akibat serangan daripada burung,semut dan lain-lain masalah. Sebelum memulakan penanaman semula bijih benih jagung, kami telah dibekalkan dengan racun semut di mana racun semut tersebut membantu untuk mengelakkan batas daripada didatangi semut. Ini bertujuan untuk mengelakkan semut-semut tersebut memakan biji benih jagung yang telah ditanam di batas kerana setelah dikenal pasti bijih benih hilang akibat daripada semut yang suka akan biji benih jagung kerana jagung manis. Kami mengambil inisiatif baru iaitu jagung yang baru disemai juga perlu diberikan air yang mencukupi dengan membuat jadual penyiraman jagung. Satu hari seramai 3 orang pelajar yang akan pergi ke ladang untuk menyiram tanamam jagung tersebut.
No comments:
Post a Comment