Saturday, 23 December 2017

Minggu 14 (Cantuman Secara Baji)

Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah lain. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan 2 komponen penting iaitu pokok penanti dan pokok tumpang. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan dalam cantuman sementara pokok tumpang pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan pada pokok penanti. Kejayaan cantuman bergantung pada sel-sel cambium pokok penanti dan pokok tumpang boleh bercantum atau tidak. Selalunya pokok bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain.

Peralatan yang diperlukan semasa membuat cantuman baji adalah pisau, paraflim, plastik dan tali. Disini adalah langkah-langkah membuat cantuman baji ;-

  1. Pilih pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok penanti dan pokok tumpang. Kemudian, pilih ranting atau dahan yang lembut dan muda untuk dicantumkan dengan pokok penanti.
  2. Potong atau trim pokok penanti dan bersihkan daun sekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
  3. Potong dan belah pada ranting sedalam 2cm panjang.
  4. Pangkal tunas pokokyang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.
  5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi kebelahan pokok penanti.
  6. Kemudian balut cantuman tadi dengan paraflim.
  7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan dehidrasi atau pucuk kering dengan cepat.
  8. Ikatkan dengan kemas plastik tadi. Kemudian biarkan pokok penanti dan  pokok tumpang tercantum.
  9. Hasil dapat dilihat selepas 2 minggu 4 minggu. Apabila sudah tercantum buka plastik dan biarkan ia tumbuh seperti biasa. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment