Monday, 20 November 2017

Minggu 10 (Pembiakan Tut)

Pembiakan tut merupakan salah satu kaedah pembiakan secara tampang, sebahagian daripada bahagian tumbuhan digunakan sebagai asas untuk pembiakan baru.

Pembiakan tut boleh dibahagikan kepada 2 jenis cara membiak.
1. Melalui udara - tut yang dibuat tidak berada di atas tanah
2. Melalui lentur - tut berada di atas tanah.

Medium yang biasa digunakan adalah tanah dan cocopit. Jeffy pallet merupakan medium tanah yang dikeringkan, dimampatkan dan direndam supaya medium kembang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Medium tanah dan cocopit (medium tanah dan cocopit sebanyak nisbah 2:1)
  • Plastik putih
  • Pisau cantuman atau pisau lipat - untuk penandaan pada batang pokok
  • Penggalak akar
  • Tali rafia








Cara-cara:

  • Campurkan tanah dan cocopit mengikut nisbah yang diberi dan tambah sedikit air untuk bagi kelembapan. (Sukatan air tidak perlu terlalu banyak, secukup rasa sahaja)
  • Buat bebola sederhana besar daripada tanah yang telah dicampur tadi.
  • Buat kelaran pada dahan menggunakan pisau cantuman.
  • Sapukan penggalak akar pada keliling kelaran tadi
  • Tepekkan bebola tanah pada keliling kelaran dahan
  • Bungkus dengan plastik dan ikat dengan kemas.
  • Selepas 2-3 bulan, tut akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawahnya.
  • Buang plastik bungkusan dan dialihkan ke dalam pasu dan ditanam di bawah lindungan.






Contoh pokok yang boleh digunakan untuk pembiakan tut:
Pokok jambu air, pokok buah rambai, pokok kemboja.


Tuesday, 14 November 2017

Minggu 9 (Pembiakan rizom, bebbawang, anak pokok dan rumpun)

MINGGU 9

Pada minggu ini kami masih mempelajari proses pembiakan secara tampang iaitu melalui pembiakan secara rizom, umbisi, bebawang, stolon dan rumpun. Disini kami akan menerangkan apakah pembiakan tersebut.

a) Rizom

  • Kaedah dimana akar rizom/batang yang menjalar di bawah permukaan tanah yang tumbuh sebagai pokok baru. Contohnya halia, kunyit dan lengkuas.
  • Akar yang menyimpan makanan dalam tanah
  • Cara pembiakan adalah dengan memotong mta tunas kemudian tanam kedalam tanah dan hanya tunas baru yang keluar diatas permukaan tanah



b) Umbisi

  • Pembiakan cara ini ialah menggunakan umbisi semulajadi untuk dijadikan biji benih. Contohnya ubi kentang, keledek dan sengkuang
  • Batang yang menyimpan makanan dalam tanah
  • cara pembiakan dengan memotong tunas dan kemudian tanam separuh dengan tunas berada diatas permukaan tanah


c) Bebawang

  • Kaedah dimana bebawang diambil dan ditanam. Contohnya bawang merah, bawang putih, dan lily
  • Cara pembiakan adalah dengan menanam sebiji bawang atau potong separuh atau beberapa bahagian yang masih mempunyai tunas dibahagian tengah dan akar dibahagian bawah bebawang kemudian tanam bahagian bawang tersebut dengan tunas diatas permukaan tanah.


d)Stolon

  • Cara ini adalah dimana batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar diatas permukaan tanah. Contohnya pegaga dan strawberi.
  • ia adalah kaedah rayapan akar berada dipermukaan tanah.


e) Rumpun

  • Ia adalah dimana anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contohnya Serai dan daun pandan
  • cara pembiakan adalah dengan kaedah membuang bahagian kering helaian daun kemudian pendekkan akar rumpun dan terus ditanam dengan anak pokok nampak keluar dipermukaan tanah.





contoh-contoh pembiakan secara rizom, bebawang, rumpun, stolon dan umbisi



selesai menanam kaedah rumpun




selesai penanaman kaedah rizon, umbisi, stolon dan bebawang

Sunday, 12 November 2017

Minggu 8 (Nutripot)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.



Baiklah, pada minggu ini kami telah mempelajari satu kaedah penanaman yang terbaru iaitu kaedah tanaman secara NUTRIPOT.

Kaedah tanaman nutripot adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram tanaman.Kekurangan air akan memberikan kesan serta merta kepada kesuburan tanaman dan boleh menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

Melalui kaedah nutripot ini, tanaman tidak perlulah disiram dengan kerap dan dijaga selalu. Kita hanya perlu memastikan air dalam bekas nutripot tersebut sentiasa cukup seperti menambahkan air jika air berkurangan.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bekas nutripot ;

Bekas pasu/Botol minyak

Sumbu/Span

     Spray hitam dan putih

Cocopeat


Cara-cara membuat bekas nutripot;








CARA-CARA:

1. Potong bahagian atas botol dan buatkan tiga lubang bersaiz sederhana untuk sumbu dan satu lubang  kecil untuk laluan air yang lebihan keluar.Kemudian botol disembur dengan spray berwarna hitam dan putih.Pada bahagian atas botol dicat dengan menggunakan spray berwarna hitam bagi tujuan untuk mengelakkan pencahayaan matahari terus masuk dan pada bahagian bawah dengan warna putih untuk mengelakkan tumbuhan lumut .Kemudian jemur botol tersebut sehingga kering.

2. Setelah botol kering masukkan sumbu yang telah dipotong ke dalam 3 lubang bersaiz sederhana tadi . Sumbu perlu dimasukkan ke bahagian atas botol dan dijulurkan ke bahagian luar botol. Dua sumbu di bahagian atas botol perlu ditinggikan sama paras dengan kepala botol untuk memastikan pengaliran air sampai ke bahagian atas.

3. Kemudian itu, masukkan cocopeat pada bahagian atas botol sehingga penuh dan manpat, manakala bahagian bawah botol pula diisi dengan sebagai tempat simpanan air untuk penyerapan sumbu ke bahagian atas botol.

4. Setelah itu air tadi dicampurkan dengan 2 penutup kecil air mineral baja A kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan 2 penutup kecil air mineral baja B pula dan kacau lagi.

5. Tindihkan bahagian atas botol dengan bawah botol yang mengandungi air. Bahagian bawah botol akan mengalir ke bahagian atas air dengan bantuan sumbu tersebut .Proses penyemaian biji benih sudah boleh dilakukan ke atas permukaan cocopeat tadi.

6.  Letakkan nutripot tadi di kawasan yang redup dan yang ada pencahayaan matahari selama 7 hari dan pastikan air dan baja sentiasa cukup untuk proses pertumbuhan yang baik.

BAJA A - kalsium,potassium,ion dan ammonium
BAJA B - potassium sulfat,potassium nitrat,magnesium sulfat dan manafosfat

Baja A dan Baja B tak boleh bercampur jika tidak ianya akan menjadi mendakan.









Minggu 7 PEMBIAKAN TAMPANG (Keratan Daun)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.

Pada minggu ini pula  kelas kami diteruskan lagi dengan pembiakan tampang melalui bahagian daun tumbuhan. Tumbuhan yang banyak mempunyai bunga-bungaan biasanya sangat sesuai dibiak dengan cara ini. Cara penenanamannya sama seperti menanam keratan batang tumbuhan.

CONTOH:

Pokok lidah mak mentua, pokok tapak itik, pokok puding.

SYARAT-SYARAT KERATAN DAUN:

  • Bahagian keratan daun dipotong suku daripada daun tersebut
  • Pilih pokok-pokok yang segar
  • Masa pembiakan adalah pagi atau petang.
BAHAN- BAHAN:
  • Penggalak
  • Daun yang nak dibiakkan
  • Poly-bag
  • Medium
CARA-CARA



  • Lipatkan poly bag pada bahagian atasnya sedikit
  • Masukkan medium seperti tanah yang sesuai dengan proses tanaman yang dilakukan ke dalam poly bag dalam nisbah 3suku tanah dan manpatkan ia
  • Setelah itu, potongkan keratan daun yang ingin dibiakkan itu berukuran dalam 1 inci dan celupkan bahagian yang dipotong itu dengan penggalaka
  • Celupkan seketika sehingga ia benar-benar meresap 
  • Kemudian, dengan menggunakan keratan daun lain buatkan lubang baru pada medium dalam poly bag tersebut dan setelah itu masukkan keratan daun yang telah dicelup pada penggalak sebentar tadi.
  • Siram air secukupnya kepada tanaman keratan batang tersebut dan letakkan ditempat  yang mempunyai sinaran matahari yang mencukupi dan lakukan proses penjagaan seperti tanaman yang lain .

Poly-bag yang telah di isi dengan medium

Daun yang dipotong belah bawahnya

Bentuk daun yang telah dipotong
                                       
                                                Penggalak akar jugak diperlukan untuk keratan daun ini.

Setiap daun yang telah dikerat ditanam
di dalam poly-bag yang telah berisi medium



Minggu 6 PEMBIAKAN TAMPANG (Tanaman Keratan Batang)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.


Minggu ini kita akan belajar mengenai tanaman menggunakan keratan batang dan diberi taklimat oleh Puan Salina.

SOALAN

Apakah tujuan menanam melalui keratan batang?

JAWAPAN
  1.  Untuk menghasilkan makanan. 
  2.  Untuk pemuliharaan tampang atau vegetative - pembiakan yang menggunakan bahagian tumbuhan tersebut. 
  3. Untuk menambahkan tanaman dan juga untuk memelihara sifat-sifat penting tanaman
CONTOH:

Pokok Mulberi dibiakkan menggunakan biji atau buah. Orkid pula ditanam melalui akar atau batang.

SYARAT-SYARAT KERATAN BATANG:

  • Bahagian keratan batang antara batang dengan akar
  • Batang mempunyai 3 jenis iaitu keras, sedang dan lembut
  • Pilih pokok-pokok yang segar
  • Masa pembiakan adalah pagi atau petang.
BAHAN- BAHAN:
  • Penggalak
  • Pokok yang nak dibiakkan
  • Poly-bag
  • Medium
poly-bag dan pokok untuk keratan batang
poly-bag yang telah di isi dengan medium (tanah)


Penggalak akar 

CARA-CARA

  • Lipatkan poly bag pada bahagian atasnya sedikit
  • Masukkan medium seperti tanah yang sesuai dengan proses tanaman yang dilakukan ke dalam poly bag dalam nisbah 3suku tanah dan manpatkan ia
  • Setelah itu, potongkan keratan batang yang ingin dibiakkan itu berukuran dalam 1 kaki dan celupkan bahagian yang dipotong itu dengan penggalaka
  • Celupkan seketika sehingga ia benar-benar meresap 
  • Kemudian, dengan menggunakan batang kayu lain buatkan lubang baru pada medium dalam poly bag tersebut dan setelah itu masukkan keratan batang yang telah dicelup pada penggalaka sebentar tadi.
  • Siram air secukupnya kepada tanaman keratan batang tersebut dan letakkan ditempat  yang mempunyai sinaran matahari yang mencukupi dan lakukan proses penjagaan seperti tanaman yang lain .

Keratan batang yang telah dicelup dengan penggalak akar

Keratan batang yang telah dimasukkan ke dalam medium 
Pokok-pokok yang telah siap ditanam perlu disiram




Video pelajaran tentang fotosintesis, osmosis dan transpirasi

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.


Pada minggu ini, kami akan menunjukkan cara pengajaran dan memberi penerangan mengenai Fotosintesis, Osmosis dan Transpirasi.

Tajuk: Fotosintesis 
Oleh: Cikgu Najiha






Tajuk: Osmosis
Oleh: Cikgu Aisyah



Tajuk: Transpirasi
Oleh: Cikgu Aqilah