Saturday, 23 December 2017

Minggu 15 (Pembersihan kawasan batas dan peralatan)

Minggu ke 15 adalah minggu terakhir kelas pembiakan dan pengurusan ladang, pelajar diminta untuk melakukan pembersihan pada kawasan batas dan kawasan ladang. Bahagian batas dibersihkan dengan membuang bendasing dan kayu yang tidak digunakan pada batas dan selebihnya pada kawasan penyiimpanan peralatan atau stor, bahagian hadapan pejabat dan bahagian kelas pelajar.

Pembersihan pada kawasan stor juga dibuat secara menyeluruh dengan menyusun semula alatan seperti cangkul, pisau, pencakar, penyodok dan lain-lain alatan. selapas siap mengemas pelajar juga menyapu seluruh dalam stor agar lebuh kemas.Bahagian kelas pelajar juga disapu dan disusun semula agar nampak kemas dan tersusuun seperti asal semasa pelajar memuulakan pembelajaran diladang pada minggu pertama. Pada hadapan pejabat pula pelajar telah kosooongkan dan kemas seperti asal dan menyapu semua kawasan hadapan pejabat dan benda asing pula telah dibuang dari kawasan tersebut.

Semua pelajar dimiinta memeriksa cantuman baji yang telah dibuat pada minggu 14. Cantuman yang berjaya dibiarkan dan yang tidak berjaya dibersihkan dengan membuka dan membuang plastik dan paraflim yang telah diigunakan.

Sekian, terima kasih.


Minggu 14 (Cantuman Secara Baji)

Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah lain. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan 2 komponen penting iaitu pokok penanti dan pokok tumpang. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan dalam cantuman sementara pokok tumpang pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan pada pokok penanti. Kejayaan cantuman bergantung pada sel-sel cambium pokok penanti dan pokok tumpang boleh bercantum atau tidak. Selalunya pokok bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain.

Peralatan yang diperlukan semasa membuat cantuman baji adalah pisau, paraflim, plastik dan tali. Disini adalah langkah-langkah membuat cantuman baji ;-

  1. Pilih pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok penanti dan pokok tumpang. Kemudian, pilih ranting atau dahan yang lembut dan muda untuk dicantumkan dengan pokok penanti.
  2. Potong atau trim pokok penanti dan bersihkan daun sekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
  3. Potong dan belah pada ranting sedalam 2cm panjang.
  4. Pangkal tunas pokokyang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.
  5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi kebelahan pokok penanti.
  6. Kemudian balut cantuman tadi dengan paraflim.
  7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan dehidrasi atau pucuk kering dengan cepat.
  8. Ikatkan dengan kemas plastik tadi. Kemudian biarkan pokok penanti dan  pokok tumpang tercantum.
  9. Hasil dapat dilihat selepas 2 minggu 4 minggu. Apabila sudah tercantum buka plastik dan biarkan ia tumbuh seperti biasa. 

Sekian, terima kasih.

Friday, 22 December 2017

Minggu 13 (Pembentangan model 3D ABM dan Penanaman Semula biji benih Jagung)

Pada minggu ini, kelas di ladang diteruskan lagi dengan pembentangan Model 3D ABM.  Pembentangan adalah seperti yang telah dipilih oleh kumpulan masing-masing seperti berikut ;-


  1. Pembiakan Keratan Batang
  2. Pembiakan Nutripot
  3. Pembiakan Cantuman Mata Tunas
  4. Pembiakan Biji Benih
  5. Pembiakan Keratan Daun
  6. Pembiakan Cantuman Sanding
  7. Pembiakan CantumanTut Udara


Pembentangan adalah berdasarkan kepada apa yang telah kami pelajari semasa kelas pembiakan dan pengurusan ladang. Pembentangan yang belum jelas adalah cantuman mata tunas dan cantuman sanding. Hasil daripada pembentangan pelajar, kami dapat mempelajari 2 cantuman tersebut. . ABM adalah singkatan daripada alat bantu mengajar di mana tujuan tugasan ini diberi adalah bertujuan untuk melatih kami sekiranya tiada rangkaian internet dan bahan bantu mengajar lain apakah yang boleh kami cipta untuk tujuan bantuan semasa mengajar. Maka daripada ini terhasil lah pelbagai bentuk model 3D ABM.


Pembentangan cantuman mata tunas dan cantuman sanding adalah seperti berikut ;-


Cantuman Mata Tunas (secara tampal)
Cantuman mata tunas ialah proses di mana induk (mata tunas) di ambil dan dicantumkan dengan pokok penanti. Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka. Alat-alat yang diperlukan:-
  • Pisau cantuman yang tajam dan bersih
  • Pita cantuman
  • Pokok penanti
  • Kayu mata tunas.
Langkah-langkah cantuman mata tunas:
  1. Buat kelaran pada bahagian pokok yang sesuai.
  2. Buang kulit kelaran empat segi bujur  yang dibuat tadi dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas dari pokok baka.
  3. Lilit cantuman tadi dengan kemas dan pastikan mata tunas tidak terkena lilitan tersebut.

Cantuman Sanding
Cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melentur bahagian tunas baka pada pokok penanti.

Langkah-langkah cantuman sanding:

  1. Sediakan pokok penanti dan tunas baka.
  2. Ikat tunas baka dan pokok penanti.
  3. Potong selepas cantuman





Penanaman semula jagung pula dibuat kerana bijih benih yang telah ditanam pada tempoh hari telah musnah akibat serangan daripada burung,semut dan lain-lain masalah. Sebelum memulakan penanaman semula bijih benih jagung, kami telah dibekalkan dengan racun semut di mana racun semut tersebut membantu untuk mengelakkan batas daripada didatangi semut. Ini bertujuan untuk mengelakkan semut-semut tersebut memakan biji benih jagung yang telah ditanam di batas kerana setelah dikenal pasti bijih benih hilang akibat daripada semut yang suka akan biji benih jagung kerana jagung manis. Kami mengambil inisiatif baru iaitu jagung yang baru disemai  juga perlu diberikan air yang mencukupi dengan membuat jadual penyiraman jagung. Satu hari seramai 3 orang pelajar yang akan pergi ke ladang untuk menyiram tanamam jagung tersebut.

Thursday, 21 December 2017

Minggu 12 (Program Kursus Asas Pertanian)

KURSUS ASAS PERTANIAN 



Pada minggu ini kelas kami menganjurkan satu kursus asas pertanian di mana kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang datangnya dari Pontian,Johor. Kursus asas pertanian ini , memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik terbaru dalam dunia pertanian yang lebih mudah untuk mereka melibatkan diri dalam dunia pertanian. Kami seramai 21 orang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan masing-masing di bawah pengawasan ketua kumpulan.



  • Seawal jam 8.30 pagi para peserta kursus asas pertanian tiba di tempat kursus. Mereka menaiki mini bas dan sebuah kereta.

Para peserta tiba di lokasi kursus bertempat di ladang
pendidikan dan vokasional UTM






  • Setelah itu para peserta membuat pendaftaran kursus bersama urusetia bagi menyemak nama dan kedatangan mereka.


Para peserta berbaris di hadapan pejabat , membuat pendaftaran diri bagi penyemakan nama dan nombor kad pengenalan.
 Mereka menerima tentatif program dan nota ringkas modul yang akan dipelajari




  • Setelah membuat pendaftaran, para peserta bergerak ke kelas kerana kursus akan dimulakan 

Ucapan alu aluan oleh pengacara kursus asas pertanian iaitu Rosneyna dan bacaaan doa dari saudara Hafiz

Sedikit penerangan secara ringkas berkaitan kursus yang akan dijalankan oleh Dr.Husna

Puan Salina memberikan sedikit ucapan kepada para peserta dan kata-kata aluan

  • Sesi pertama dimulakan dengan membuat baja organik.



  • Setelah selesai sesi pertama , para peserta diberikan makan pagi





  • Seterusnya setelah selesai minum pagi kursus asa pertanian diteruskan lagi dengan modul kedua iaitu penaman secara nutripot.


  • Kemudian, setelah selesai kedua-dua modul untuk asas pertanian ini ,para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil .Tujuanya adalah untuk memberikan pengalaman kepada para peserta untuk membuat sendiri baja organik dan tanaman dengan menggunakan kaedah nutripot. Di dalam setiap kumpuloa tersebut terdapat  dua orang mahasiswa/i yang akan menjadi tenaga pengajar kepada para peserta.









  • Para peserta meninjau sekeliling kawasan ladang, melihat tanaman hasil daripada pelajar.





  • Majlis penutup di mana para peserta menerima sijil dari penganjur kursus dan gambar kenang-kenangan




  • Sebelum bersurai para peserta dan mahasiwa/i  bergerak ke restoren bunga lawang di fakulti pendidikan untuk jamuan makan tengahari



Majlis tamat pada jam 1 petang setelah selesai makan tengahari.

Friday, 15 December 2017

Minggu 11 (Pembersihan ladang untuk program asas perladangan)

Pada minggu ke 11, kami tidak menjalani sesi pembelajaran seperti minggu sebelum ini. Kami diarahkan untuk membuat pembersihan di sekitar kawasan landskap, sekitar tempat belajar, kawasan rumah hijau dan juga kawasan yang lain.

Tujuan pembersihan sekitar kawasan ladang adalah kami akan mengadakan satu program asas perladangan bersama 30 orang peserta yang terdiri daripada dewasa perempuan, dewasa lelaki dan kanak-kanak.

Sebelum menjalankan pembersihan, kami berkumpul dan diberi taklimat tentang perjalanan program pada minggu hadapan dan juga taklimat tentang perbersihan kawasan ladang. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan tempat pembersihan masing-masing.

Setiap kumpulan diberikan alatan pembersihan masing-masing. Kumpulan 1dan 2 akan bersihkan kawasan landskap. Manakala kumpulan 3 membersihkan kawasan belajar dan kumpulan 4 di sekitar ladang.

Sampah-sampah dikumpul dan dibakar di tempat pembakaran. Kawasan belajar dan kerusi diberus dan dicuci untuk kegunaan semasa program nanti. Kawasan landskap pula dibersihkan kerana terlalu semak dan perlu dibersihkan supaya nampak lebih kemas.

Selepas selesai pembersihan dilakukan, kami bergerak ke kawasan batas untuk tujuan merumput dan menyiram. Tamat sesi pembersihan pada jam 5 petang dan semua pulang ke kolej.